Total Pageviews

Sunday 5 May 2013

Bersabar dan berbahagialah


Wahai sahabat,
bersabar dan berbahagialah.
Sesungguhnya masih jauh lagi perjuanganmu,
untuk menegakkan Islam dan kebenaran yang mutlak.
Janji Allah itu pasti,
kemenangan pasti akan berpihak kepada mujahidin dan mujahidat,
namun mungkin belum tiba masanya lagi,
tetapi perhatikanlah sekelilingmu,
semakin ramai saudara yang berhijrah melangkah menuju Allah.
Semakin berkembang,
Islam semakin berkembang.
Allah amat mendambakan dirimu untuk memasuki JannahNya,
maka Dia taburkan pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupmu,
memberi peluang untukmu terus berjuang di medan perang,
menegakkan agama Allah yang hak, ya'ni Islam.
Bukankah Allah itu Yang Maha Berkuasa?
Setiap yang terjadi dengan izin dan kehendakNya jua?
Bersabar dan berbahagialah duhai sahabat,
kerana dalam berjuta hambaNya,
Yang Esa memilihmu untuk terus berdakwah mengikuti jejak kekasihNya yang mulia,
Muhammad Rasul kita.
Bersabar dan berbahagialah duhai sahabat,
Allah bersamamu di setiap langkah dan nafasmu,
doaku mengiringi perjuanganmu,
teruslah mara ke hadapan demi Islam yang satu.

No comments:

Post a Comment