Total Pageviews

Thursday 28 March 2013

Pengalaman mengajar erti kehidupan

Aduhai manusia,

Apakah nilainya kita mengatakan sesuatu yang membuka aib sendiri? Andai untuk dijadikan pengajaran, semoga diringi dengan keredhaan Tuhan. Namun jika dibuka luas pekung di dada sebagai amaran pada insan lain, ia mencerminkan keadaan hati dalam sanubari. Andai seketul daging ini baik, maka akan baiklah semuanya. Andai keadaan seketul daging ini buruk, maka akan buruklah semuanya. Ini pesanan kekasih kita, Rasulullah yang paling mulia akhlaknya.

Kita terasa kita disakiti? Kita makan hati? Ingatlah orang lain jua punya hati. Janganlah kita sewenang-wenangnya menunding jari pada kekurangan orang lain kerana diri kita juga amat jauh dari kesempurnaan, dari segi pemikiran juga perbuatan. Adakah mustahil andai kesedihan yang dialami sebenarnya datang dari kekurangan diri sendiri? Sungguh, Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya tetapi hambaNya yang menzalimi jiwa sendiri.

Bak kata Imam Syafi'e:
"Jagalah lisan. Janganlah engkau menceritakan kekurangan orang lain kerana engkau juga punya kekurangan dan orang lain juga mempunyai lisan."

Bukankah konsepnya serupa dengan hati? Jagalah hati. Janganlah engkau menyakiti kerana dirimu disakiti kerana orang lain juga punya hati.

Maka, siapa yang menyakiti siapa terlebih dahulu Allah lebih Mengetahui. Pentingnya, terimalah kekurangan orang lain dengan dada yang lapang. Jangan dijadikan ia alasan untuk mengikut bisikan hawa nafsu dan syaitan.

'Point a finger to someone, four fingers are pointing back at you.'

Peringatan untuk diriku juga dirimu.

Maaf atas segala kekurangan, sungguh kesempurnaan hanya milik Tuhan sekalian alam.

No comments:

Post a Comment