Total Pageviews

Monday 23 September 2013

Amanlah engkau di sana wahai saudara

Setiap yang bernyawa,
pasti akan kembali padaNya.
Masih bersisa,
pemergianmu membawa keinsafan pada jiwa,
bertambah imaan di dada,
bahawasanya janji Allah itu pasti.
Indahnya,
engkau pergi dalam keadaan bahagia,
tenang raut wajahmu kembali pada Pencipta,
Allah... Untungnya dirimu...
Mendapat husnul khatimah yang diidamkan para syuhada...
Masih terasa..
Masih ada jiwa yang merintih hiba akan pemergianmu,
masih ada hati yang sakit menanggung rindu,
mungkin kerana itu jiwa ku juga sayu,
kerana mereka yang merindukanmu
adalah mereka yang punya cinta dan kasih ku.
Namun,
perpisahan ini bukanlah untuk selamanya,
semoga kita semua akan berkumpul di bawah naunganNya,
suatu hari nanti,
bergelak ketawa di syurga milikNya.
Amanlah engkau di sana wahai saudara,
kami bakal mengikuti jejak langkahmu,
semoga kami juga beroleh keuntungan seperti dirimu.
Amanlah engkau di sana wahai saudara,
doa dan ingatan kami sentiasa bersamamu.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment